Wednesday, February 3, 2010

Keterangan Leluhur Haji Mahmud

Dibawah adalah gambar foto yang dikirimkan oleh Puan Betty Endah Warni (Isteri kepada Encik Taha bin Ahmad). Dimana gambar adalah sumber dari buku rujukan salasilah keluarga yang telah diterbitkan di Singapura.


Buat pengetahuan anda. Maklumat didalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, berpandukan kepada seberapa banyak maklumat yang saya terima.


Dan diharap kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian atau leluhur Haji Mahmud, diharap agar dapat menyumbangkan apa sahaja demi untuk mengeratkan tali silaturahmi diantara kita, sebagai sebuah keluarga besar.















Tuesday, October 13, 2009

PERUTUSAN KHAS dan SALAM PERSAUDARAAN

Assalamu'alaikum dan Salam Syawal buat semua.


Saya, MOHAMAD FEROZ BIN MOHAMMAD ZAINI. Merupakan pengendali blog ini, BLOG LELUHUR Haji MAHMUD Banjar. Dimana, saya juga merupakan generasi dari leluhur Haji Mahmud yang sedang berkembang diseluruh dunia.


Hasil dari perbincangan dengan Tuan Haji As'ad (Pak Saad). Maka, lahirlah blog ini, sebagai jambatan untuk menghubungkan tali silaturrahim diantara seluruh ahli keluarga yang berasal dari Tuan Haji Mahmud, yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia.


Buat makluman Tuan dan Puan sekalian. Tulisan asal didalam blog ini akan ditulis didalam Bahasa Melayu Tinggi, namun mengambilkira situasi keluarga kita yang besar dan menetap diserata pelusuk dunia, dan mengamalkan pelbagai budaya dan rencam bahasa. Maka, InsyaAllah, saya akan dibantu oleh beberapa orang sanak - saudara yang mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan dialek dalam Bahasa Banjar itu sendiri untuk disiarkan didalam blog ini, supaya tulisan yang tersiar akan dapat difahami oleh semua orang. InsyaAllah.



Kini, saya menetap di Klang, Selangor. Dan InsyaAllah, saya akan berpindah kembali ke kampong di Taiping, Perak untuk mencari nafkah disana disamping menjaga kedua ibu dan ayah yang sudah uzur. Ibu saya bernama NAJIBAH BINTI MAHMUD, dilahirkan di Gunung Semanggol, Perak. Manakala ayah saya bernama MOHAMMAD ZAINI BIN HAJI ABDUL HAMID, anak kelahiran pulau Singapura. Ayah merupakan leluhur dari Tuan Haji Mahmud Banjar.



Saya dilahirkan di Jalan Ubi off Jalan Nanas, Geylang, Singapura, pada tanggal - 21hb Oktober 1965. Dilahirkan dirumah milik Haji Abdul Hamid dan Hajjah Maimunah. Sedari kecil kebanyakan waktu saya diasuh oleh Nenek saya iaitu - Hajjah Qusti Asmah.



InsyaAllah, lebih banyak maklumat tentang diri saya akan disiarkan didalam blog ini buat tatapan keluarga besar kita. Tetapi, buat permulaan ini, saya hanya akan menceritakan tentang visi, misi dan projek untuk merealisasikan impian bagi mengumpulkan seramai mungkin keturunan Haji Mahmud.




Sebenarnya, jika tidak salah ingatan saya. Projek ini telah dirintis oleh - Allahyarham Tuan Mahmud dan Tuan Haji As'ad. Namun, terhenti akibat dari kematian Tuan Mahmud. (Harap maklum, jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan dalam maklumat yang saya sampaikan dan siarkan didalam blog ini, diharap dapat DIPERBETULKAN segera).



Hampir 10 tahun yang lalu, (dan itulah kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Singapura), sewaktu Majlis Perkahwinan Siti Nadia Binti Yahyah di Bedok Reservoir. Saya berkesempatan untuk bertemu dengan Allahyarham Tuan Mahmud. Dimana, Tuan Mahmud begitu teruja untuk membicarakan tentang projek ini. Dan, sememangnya saya juga sebenarnya telah lama menyimpan hasrat untuk menjadikan projek ini satu kenyataan.




Namun, projek ini telah tergantung sekian lama. Kini, hasil dari perbincangan dengan Tuan Haji As'ad (Pak Saad). Saya merasakan satu keperluan untuk menyambung kembali projek ini bagi tujuan sejarah untuk renungan generasi kini.




Dengan segala kekurangan dipihak saya. Saya hanya mampu berdoa kehadrat Allah agar memberikan kekuatan untuk meneruskan projek ini. Diharap Tuan - Tuan dan Puan - Puan, saudara - saudara dan saudari - saudari sekalian dapat menghulurkan bantuan seberapa daya yang mampu.




Buat pengetahuan semua. Didalam blog ini, pada setiap entri yang tersiar. Terdapat satu bahagian 'comments'. Maka, diharap dapat meninggalkan sebarang kata - kata, ucapan, maklumat, emel, biodata atau APA SAHAJA yang difikirkan sesuai untuk tatapan semua. Saya amat mengharapkan agar ruangan 'comments' itu dapat dijadikan sebagai saluran informasi kepada semua.



Begitu juga pada bahagian kiri blog ini, terdapat ruangan untuk BUAL BICARA - VOICE OUT. Maka, silakan untuk menulis apa sahaja untuk mengeratkan tali silaturahim sesama kita.



Dan bagi sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang pertanyaan, persoalan, maklumat atau APA SAHAJA tentang KETURUNAN HAJI MAHMUD BANJAR. Maka dengan berbesar hati saya mempersilakan Tuan, Puan, Saudara, Saudari untuk mengirimkan emel kepada saya dengan menggunakan alamat seperti dibawah:



To: mahmud.banjar1880@gmail.com
Cc: mohamad.feroz@gmail.com


Pihak kami amat mengharapkan KERJASAMA dari SEMUA PIHAK.



Bersempena dengan entri pertama ini yang diterbitkan pada bulan Syawal yang mulia. Maka, saya menyusun sepuluh jari, MEMOHON AMPUN dan MAAF atas segala kekurangan dan kesilapan yang saya lakukan.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN.

Minal 'Aidil Wal Faizin.


Akhir kata, saya, sebagai pengendali blog ini dengan rendah hati mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi untuk membantu.



TERIMA KASIH


Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini Bin Abdul Hamid Bin Haji Mahmud Bin Abdul Rahim Bin Shaharuddin.

Klang.